Ashraf Azman

Perkongsian Hadis
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Tidur. betul ke cara korg tu..~~

April 13, 2010

Assalamualaikum

http://emo.huhiho.com

whoa. da lame x update blog.. bkan nk bg alasan, tp smemangnye realiti hidup skang ni amat2 la bz..huhu

http://emo.huhiho.com

abis je cuti mid sem ni.. bmulalah kembali kehidupan yg pnuh ke-BZ-an tahap MAKSIMA. ade

topic test 3 math..

http://emo.huhiho.com

ade presentation english...

http://emo.huhiho.com

ade topic test 3 bio....

http://emo.huhiho.com

ade presentation bio...

http://emo.huhiho.com

time da nk abis ni la, cabaran demi cabaran muncul.
insyaAllah, dgn bbekalkan smangat dan ksungguhan, smua bende pasti boleh diharungi dengan izin Allah. kuatkan semangat wahai rakan2! hehe :)

http://emo.huhiho.com

utk post kali ni, aku nk berkongsi sdikit maklumat ttg cara tidur. siyesly, x bnyk mne pon. pendek je, tp insyaAllah, harap korg sume dpt manfaatkannye..



mengikut ape yg aku bace.....ade 4 cara tidur yg berbeza:


Ø TIDUR PARA NABI
ü Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

Ø TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH
ü Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

Ø TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
ü Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan

Ø TIDUR SYAITAN
ü Melengkup/ tiarap seperti tidur ahli neraka


jadi, selama ni mane satukah yg anda slalu praktikkan?
perkara ni mmg kecil, jd beringat-ingatlah.. dalam perkara mcm ni pun org2 kafir boleh mmpengaruhi kita, apatah lg perkara2 kecil yg laen? cara tidur yg sebaik-baiknya adalah yg mengikut sunnah nabi.

http://emo.huhiho.com

hehe, stakat ni je. insyaAllah akan saya kongsikan sgale ilmu yg saya dpt di laen mase.
.SALAM.



p/s: jgn lupe.. amalkan wudu' dan doa sbelum tido sbelum blayar.. Maafkan segale khilaf stiap manusia yg menyakiti hati anda pd hari tsebut, dan ucapkanlah dua kalimah syahadah. Sesungguhnya, maut tidak mengenal masa..

http://emo.huhiho.com

Rasulullah pernah bersabda: "orang yg paling bijak adalah org yg sentiasa mengingati mati. (hadis riwayat dari ibnu majah r.a)


” …Aktsaruhum dzikran lil mauti wa asyad duhumusti’ daadu lahu, ulaa ika humul akyaasu, dzahabuu bi syarafiddunya wa karaa matil aakhirah”


yaitu siapa saja di antaramu yang terbanyak mengingati mati, dan paling dahsyat mengadakan persiapannya. Mereka itulah orang-orang pintar. Yang pergi dengan kemuliaan dunia, dan sekaligus kehormatan akhirat.(HR. Ibnu Majah) 

- Syukran kepada Mr. Hakim atas perkongsian hadis di atas - :)

 - JAZAKALLAH - 

http://emo.huhiho.com



SPECIALnya DOA time SUJUD! -perkongsian-

April 4, 2010

Assalamualaikum, artikel ni aku ambik dari seorg rakan daripada group Remaja Masjid utk perkongsian :) slamat membaca!


http://emo.huhiho.com



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.




Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.




"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


http://emo.huhiho.com



Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.





Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"




Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"




Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "




Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


http://emo.huhiho.com

———————


Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-



"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun

memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud

(di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"




Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.




"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA; Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."


Pesanan Buat Si Dia

March 18, 2010

juz nk kongsi satu sajak =)http://emo.huhiho.com

Tolong sampaikan kepadanya,
Cinta agung adalah cinta kepada-Nya..

Tolong sampaikan kepadanya,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong ingatkan dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai-Nya..

Tolong ingatkan dia,
Jangan mengingati daku lebih dari dia mengingati-Nya..

Tolong katakan padanya,
Jangan mendoakan daku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya..

Tolong katakan padanya,
Dahulukan Allah lebih daripada segala-segalanya..

Tolong katakan padanya,
Dahulukan ibu bapanya lebih daripadaku..

Aku terpikat bukan kerana rupa parasnya..

Aku cintakan sifat zuhudnya, bukan hartanya..

Ya Allah, hindarilah diriku dri terperangkap di lembah zina..

http://emo.huhiho.com sekadar nk berkongsi. aku x jiwang! huhu
Assalamualaikum ;)