Assalamualaikum w.b.t
Daripada Miqdam bin Ma’di Kariba r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya.”
Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi
Penulis merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik.
“Oh, mesti anak manja ni..”
Cuba kita buka kotak minda, anak mana yang tidak mahu bermanja dengan ibu bapa mereka? Tidak sayangkah kita kepada ibu bapa kita? Atau kita terlalu ego lantas malu untuk menunjukkan rasa kasih? Mengaku sajalah. Hidup yang serba lengkap dengan gadjet-gadjet duniawi yang kita jalani ini semuanya kerana manjanya kita kepada orang tua kita. Kita semua manja. J
Entri kali ini adalah sekadar perkongsian penulis mengenai cerita hubungan antara seorang abang dengan adik.
Penulis ada seorang abang, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Nama panggilannya di rumah ialah Abg Boy. Nama sebenarnya Ahmad Firdaus. Hairan juga macam mana nama panggilan itu boleh timbul. Penulis sendiri tak tahu setinggi mana sebenarnya tahap ‘kerapatan’ kami. Amat jarang sekali untuk kami berbual bersama, bahkan boleh dikira dengan jari berapa kerap situasi itu berlaku dalam setahun. Setiap hari, apa yang diucapkan hanyalah ayat-ayat suruhan dan perkara-perkara yang penting. Ops, tapi jangan salah sangka. Abg boy tetap orang yang baik J
Ayat biasa Abg boy kepada penulis:
“Kim*, tolong angkat kain. Dah nak hujan tu.”
“Kim, tolong kemas dapur. Bersepahlah.”
“Kim, pinjam laptop.”
*Nama panggilan penulis di rumah: “akim”
Ayat biasa penulis kepada abg boy:
“Abg boy, talipon!”
“Abg boy, akim nak kluar jap.”
“Abg boy, mama suruh (apa-apalah)…”
Itulah antara ayat-ayat biasa antara kami. Amat susah untuk dengar ayat-ayat mesra diluahkan kepada satu sama lain, apatah lagi gurau senda atau lawak antarabangsa. Bosan kan? Kadang-kala, cemburu juga bila melihat hubungan abang dengan adik lelaki orang lain begitu mesra. Minat dan hobi mampu dikongsi dan dilakukan bersama. Apa pun, bukan kami pinta hubungan sebegini. Buat pengetahuan pembaca, faktor utama situasi ini timbul adalah kerana perasaan takut dan hormat oleh penulis sendiri terhadap dia, sebab abg boy seorang yang sangat GARANG.
Nak tau garang macam mana? Nantikan bahagian 2.
BERSAMBUNG…J


