Ashraf Azman

Perkongsian Hadis
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

Awak Delete Saya?

November 20, 2010


Assalamualaikum w.b.t.
Bacalah dengan nama tuhanmu, Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam yang menjadi miliknya segala yang di langit dan di bumi. Alhamdulillahi rabbil alamin.
Tajuk yang signifikan bukan? Rasanya majoriti daripada anda tahu apa yang ingin penulis rungkaikan dalam entri kali ini. Bagi yang belum dapat ‘tangkap’ tidak mengapa, jangan gusar.  Hal ini bukanlah satu perkara yang anda wajib tahu. Cuma kebelakangan ini situasi yang kononnya dianggap musibah ini tiba-tiba diperbesarkan, jadi penulis rasa terpanggil untuk menjelaskannya. Walaupun hanya dari perspektif diri, penulis harap entri kali ini dapat menerangi pandangan-pandangan gelap sesetengah pihak.
Di“delete” oleh seorang sahabat dalam facebook
Penulis tahu, sedih, pilu, kecewa, gusar dan seangkatan dengannya terasa dalam sanubari bila sahabat kita lakukan sedemikian. Manakan tidak, ribut petir tiada, halilintar pun tiada, kenapa tiba-tiba kita di-delete? Entah apa salah diri ini ya. Beribu-ribu persoalan menjengah diri tatkala seorang sahabat tiba-tiba buat macam tu (di facebook).

Husnul Dzon (bersangka baik)
Wops! Jangan terus lompat ke konklusi, atau dalam bahasa inggerisnya, ‘jump into conclusion’. Seorang khalifah Allah (kitalah, siapa lagi) tidak seharusnya menilai perbuatan seseorang mengikut hawa nafsu, kerana selalunya keputusan yang dicapai seringkali dipengaruhi oleh perasaan berkecamuk atau marah. Bersangka baiklah, dan siasat jika anda ‘anxious’ sangat. Jagalah ikatan persahabatan yang Allah kurniakan. Bersyukurlah kerana masih ada manusia yang ingin berkawan dengan kita. Kenapa mesti kita rapuhkan dan keruhkannya dengan mempercayai tipu helah syaitan yang lemah itu? Anda lebih percaya syaitan daripada sahabat sendiri?

“Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga”
Nauzubillah min zalik.

Berbalik kepada situasi kita..
Perspektif penulis sebagai seorang sahabat lelaki
Bukan sekali dua perkara ini berlaku kepada penulis. Bahkan banyak sangat kalinya. Pada mulanya, memang sukar untuk penulis faham motif mereka yang main delete-delete ini. Makan tak kenyang, tidur tak lena memikirkan apa khilaf diri. Tapi sekarang tidak, sebab penulis ada perspektif tersendiri dalam hal ini.

Besar sangatkah halnya kalau seorang muslimah delete kita di facebook?
Hinakah kaum kita bila seorang muslimah delete kita di facebook?
Rugi besarkah kaum kita bila seorang muslimah delete kita facebook?
Bagi penulis, TIDAK to the power of 3.

Pernahkah kita terfikir yang kita sebenarnya tiada hak  walau untuk berkata-kata pun kepada seorang wanita?
Hatta, pernahkah kita menghormati hak mereka sebagai seorang muslimah?

Silap besarlah kita kalau muslimah itu yang kita salahkan. Mereka bukan hak kita! (dan begitulah sebaliknya). Jangan dipersoalkan “mengapa” apabila seorang muslimah yang dulunya mesra menyabung comment di facebook kita kini sudah remove kita. Fikirkanlah, mungkin sudah sampai hidayah Allah kepadanya agar dia mula menyekat pergaulannya dengan kaum bertentangan.
Dalam hal ini, lebih rasional sekiranya kita bersyukur atas rahmat yang Allah beri kepada sahabat kita, daripada mencaci serta menghina apa yang telah dilakukannya. Mahukah kita melihat sahabat yang disayangi terus-menerus terjerumus dalam pergaulan bebas? Cerminlah diri sendiri, keimanannya sudah melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Kita, bila lagi? Memang tidak dinafikan hidayah itu milik Allah. Namun jangan jadikannya sebagai alasan bahawa masih belum tiba hidayahNya untuk kita.KITA SENDIRI YANG PERLU BERUSAHA DALAM MENCARI SINAR HIDAYAHNYA.
Ya, Allah mencipta kita agar kita saling kenal-mengenal dalam surah Al-Hujuraat, ayat 13. Namun, ingatlah bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara. Taaruf itu sendiri pun ada batasannya. Bersama kita ingat bahawa jangan sewenang-wenangnya membenci orang yang berniat baik.
Ingatlah, kita tiada ikatan dengan mereka dan begitu juga sebaliknya. Jangan samakan hal ini seperti seorang isteri yang bercerai dengan bekas suaminya. Itu dah ke laut.
Sesungguhnya Allah merahmati manusia yang menjaga batas-batas pergaulannya dengan manusia lain. Apatah lagi antara lelaki dan perempuan.

Sekadar perkongsian.
Ashraf Azman

6 comments:

emir.abu.khalil said...

salam,

bagi abang, kalau orang delete abang sebab depa tak suka kepada apa yang abang serukan, depalah yang rugi, sebab sebagai seorang dai'e, Allah sentiasa bersama... apalagi ikhwah punyalah banyak...

sedih ke kalau didelete? subhanAllah, bahkan tidak! in fact abang pernah delete semua perempuan dalam list FB, dan kemudian di'add' semula.

usah gusar, usah risau, tatkala kita melepaskan rasa 'attachment' kita kepada manusia, Allah memberikan kita lebih daripada itu.

Asyraf Farique said...

Betul akh.. ana sgt setuju.. dalam menjadi dai kita perlukan pengorbanan.. Pengorbanan yg dalam padanya mampu menunjukkan qudwah yang baik pada insan2 yg ingin kita dakwahkan tu.. Moga2 jalan ini yg kita pilih dan semoga juga jalan ini akan menjadi jalan kita hingga ke akhr hayat..

Berkorban, terkorban atau dikorban.. pilihan di tangan kita.. :)

amir nazri said...

Menjaga hubungan lelaki perempuan, dengan memutuskan hubungan adalah dua perkara yang berbeza.Tak salah berubah, asalkan masih menjaga hubungan dengan kawan-kawan dalam keadaan kita menjaga hubungan itu mengikut landasan syara’. sekadar pandangan~

Ahd Azman said...

Bercakap tentang perihal lelaki dan perempuan, lebih menakutkan bila hubungan yang kononnya dijaga dianggap tidak mengapa.

rasanya tiada beza antara bergaul mesra di alam realiti dan di alam maya. semuanya tetap maksiat

Fahmi Bahrudin said...

mabruk...perkongsian yang menarik..

Ahd Azman said...

syukran2. mintak suggest topik menarik :)