Ashraf Azman

Perkongsian Hadis
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

CINTA.. Siapa Lebih Tahu Nilainya?

July 3, 2010

Salam.


Syukur.Syukur.Syukur.
Alhamdulillah, kebelakangan ni mncurah-curah pulak semangat untuk update blog. Semuanya atas izin Maha Pencipta. Sementara ilham dan ilmu yang diperoleh ini masih segar dalam ingatan, lebih baik diluahkan dan dikongsi, kan? Tiada manfaatnya untuk kita kedekut2. Bukan kita punya pun.. smua milikNya. Sedarlah, kita sebenarnya hamba yang amat miskin, segala yang kita miliki semuanya pinjaman semata-mata.

Apa lagi? Jom bersyukur!




CINTA
Secara jujurnya, penulis bukanlah jenis orang yang berkobar-kobar atau minat sangat dalam hal macam ni. Dulu adalah, tapi cinta monyet (dasar kanak-kanak..huhu, kesal betul). Walaupun banyak kali rakan2 suggest, tengok cerita-cerita macam Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih,  etc (semua yang cinta2 lah), novel kisah2 CINTA, buatlah macam mana pun, percikan perasaan minat pada CINTA sedikit pun tidak muncul menyergah jiwa. Malah perbualan yang berkisarkan CINTA pun jarang2 sekali dapat menarik minat hati ni. Kalau ada pun, yang memang menariklah.  Mungkin itu petanda dari Ilahi bahawa diri ini masih belum bersedia untuk semua ni. Alhamdulillah, kurang satu gangguan atau 'distraction' dalam pembelajaran. yeay!

Banyak kali penulis mengingatkan diri;


"Cinta pada Ilahi & RasulNya belum kukuh pun lagi. Macam mana nak bercinta sampai ke syurga kalau macam tu?"




InsyaAllah, mungkin satu hari nanti terbukalah pintu hati penulis untuk semua ni.  Doakan ye :P 

Baru-baru ni ada terbaca kisah pendek yang menarik mengenai siapa yang lebih tahu nilai CINTA yang sebenar. Kebetulan ramai sahabat-sahabat penulis yang ghairah (wahaha word choice yang amat pedas) dengan soal CINTA , jadi rasanya tak salah jika cerita ni dikongsi. Enjoy!


Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah berbagai macam hidupan abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.





Mereka hidup mesra,  berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu hari, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan hampir menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau pun cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.




CINTA jadi bingung dan cuak sebab dia tak pandai berenang dan tak mempunyai perahu. Dia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.

Lalu KEKAYAAN jawab;
"Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.



"Perahu saya dah penuh dengan harta benda saya. Kalau saya bawa awak bersama, nanti perahu ini tenggelam. Lagipun sudah tak ada tempat lagi untuk awak duduk di perahu saya ini." 

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA.



* * *
*SELINGAN PERINGATAN: KEKAYAAN YANG SEBENAR

Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah s.a.w pernah bersabda;



"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa"



Riwayat al-Bukhari & Muslim
* * *

CINTA sedih dan  kecewa dengan sikap rakannya, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN dengan perahunya.


"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", teriak CINTA.



Namun, KEGEMBIRAAN yang terlampau gembira atas kejayaannya mendapatkan perahu untuk dirinya  langsung tidak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

* * *
*SELINGAN PERINGATAN : HARGAI SEGALA NIKMAT ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah s.a.w pernah bersabda;

"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah"

Riwayat Muslim
* * *

Tak lama datang pulak KECANTIKAN dengan perahunya yang cantik bak namanya.



"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", teriak CINTA.

KECANTIKAN melihat CINTA lalu menjawab;

"Wah, CINTA, kamu basah dan kotor! saya tak mahulah bawa awak. Nanti awak kotorkan pulak perahu saya yang indah ini."



* * *
*SELINGAN PERINGATAN : BERWASPADA DARIPADA TERLEKA DENGAN SUATU YANG TIDAK KEKAL

Daripada Abdullah bin al-Syikhir r.a., Nabi s.a.w. bersabda;

"Wahai anak adam! adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya (pada hari pembalasan)"
Riwayat Muslim


* * *

CINTA sedih bila mendengarnya. Kecewa lagi. CINTA mula menangis teresak-esak. "Apa salah saya?, mengapa semua orang melupakan saya?" bentak hatinya.

Pada saat itu tiba-tiba KESEDIHAN lalu dengan perahunya.Lalu CINTA merayu;



 "Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.

Lalu KESEDIHAN berkata; 



"Maaf, CINTA. saya sedang bersedih dan saya ingin bsendirian.", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya, dengan sedih.

CINTA dah mula berputus asa. Air semakin naik dan tak lama akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya dapat diselamatkan. Lalu dia berdoa kepada Tuhannya;



"Oh tuhan tolonglah saya, apa akan terjadi kepada dunia tanpa saya, tanpa CINTA?" 


Pada saat genting itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"



CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Dengan segera CINTA naik ke perahu si tua tersebut, tepat sebelum air menenggelamkannya. Apabila sampai di sebuah pulau terdekat, si tua itu menurunkan CINTA dan segera berlalu dari situ tanpa sebarang bicara.





Pada saat itulah baru CINTA sedar bahawa dia langsung tidak kenal siapa si tua baik hati yang menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.



"Oh, orang tua tadi? Dia adalah WAKTU" kata penduduk tua pulau itu.



CINTA berasa pelik lalu bertanya lagi; 

"Tapi, mengapa beliau selamatkan saya? Saya tak kenal pun dia. Bahkan teman2 yang kenal saya pun enggan menolong saya, kenapa dia mahu pula?", tanya CINTA hairan.



"Sebab,"

kata orang itu;

 "hanya WAKTU yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

Begitulah kisahnya. menarik tak? ahahaha, anda nilailah sendiri.
Sekian sahaja untuk entri kali ini.

SALAM :)
-Ashraf Hakim Dzulkarnain Bin Azman

Piala Dunia atau Piala Akhirat?

July 2, 2010

Salam.

Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda:

"Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan"

Riwayat al-Bukhari

*Ingat pesan Rasulullah s.a.w supaya tidak ghairah dengan dunia. Sebaliknya, tanamkan sikap zuhud.

Sbelum apa2, jom kita sama bsyukur kpd Allah s.w.t atas kesempatan yg diberikan kpd kita sehingga hari ni.. Alhamdulillah, oksigen masih ckup utk smua hidupan, sumber makanan & minuman pun masih mlimpah-ruah, negara kita masih lg aman damai walaupun ada sgelintir pihak yg trus-mnerus btikam-lidah, dan kita masih lg dalam keadaan sihat sejahtera, sempurna drpd sbrg kecacatan Alhamdulillah.


Anda smua mesti tau event dunia yg sdang berlaku skarang kan? *huh, sape xtau..zzz*




Yep, FIFA. Asyik btul dunia skarang ni dgn plawanan bola yg hangat blangsung di Afrika Selatan tu skarang ni... restoran2 mamak (da x pkai warung da... maju) sume siap psg projector, screen besa punya! fuuhh. abis meja sume penuh dgn pelanggan, sampaikan ada yg sggup dduk atas batu bata.. smuanya semata-mata nk tgk match bola, lebih2 lg kalau negara yg mereka sokong beraksi ketika itu. Malah faktor masa pun kdg kala tak dihiraukan sesetengah pihak. Kalau diperhatikan, ada plawanan yg bmula btul2 dkat dgn waktu maghrib. Tahniah buat anda jika anda pminat bola tp Solat Maghrib yg anda utamakan dahulu. Ada jugak yg bmula seawal 2.30 pagi.

"Diorang ni xtau nk tidur ke?" Bentak hati ini.

Bukan tu je, skarang bagaikan trend pulak utk die-hard-fan bola ni dapatkan jersi. Sanggup berhabis duit, pergi smp ke Padang Besaq nun utk cari jersi plg murah, bergadai nyawa (hamboih) smate-mate utk tnjk kat org laen, yg dia ade jersi negara 'hebat' tu. Macam sahabat kita yg sorg nih, status dia di Facebook : 

"Da dpt jersey Brazil.... Huhuhu..... ^-^"


Seronoknye dia. kalau ditanya, apa perubahan yg mampu jersi tu lakukan pd hubungan dia dengan Maha Pencipta, apa agaknya jwpn dia ye?

Pastu, ada pulak application yg boleh generate jersi negara pilihan, bertatahkan nama & nombor kesukaan pengguna facebook tsebut. Waaahh... bkan maen lg, smua abih pi tukaq gambo smangat palestin yg sbelum ni duk sebok di-google! Bila difikirkan balik, luculah telatah manusia ni. Berubah-ubah.. UNIK SUNGGUH CIPTAANNYA. SubhanAllah

TEGURAN UNTUK DIRI DAN SEMUA YG INGINKANNYA

Sememangnya, penulis pernah di-sound balik oleh seorg sahabat bila cuba mengingatkan dia pasal  LifeLineforGaza. Antara intipati kata2 dia;

"alah.. ko x minat bola, bolehlah cakap"

hrmm.. macam tu pulak pemikiran dia.

Memang x salah untuk kita minat pada sesuatu. (dalam kes ni, bola lah). Tapi, nasihat ikhlas dari penulis, bersederhanalah. Janganlah kerana Piala Dunia, kita sanggup bersengkang mata, pulun habis smp 3-4 pagi smate-mate kerana bola.. kan lg bgus klau kita spend masa utk bertahajjud, bertaubat dan muhasabah diri sendiri. Berserah diri, jiwa dan raga kepadaNya di saat manusia enak dibuai mimpi, di saat manusia lain leka dgn bolanya. Lebih baik sekiranya kita kejar Piala Akhirat. untuk kita jugak nanti!

Jaga pergaulan. Bila penulis memerhatikan keadaan di sekeliling restoran mamak, ramai jugak wanita yg tgk bola. *pergh... perempuan pun bleh minat =.="*. Masalahnya, mereka tanpa segan silu tlompat-lompat, tjerit-jerit, memekik sana-sini, tlolong (haha, lebih dah ni) tiap kali bola yg ditendang sana sini tu msuk ke gawang gol.
"Eh, apsal dia pulak yg Over? "
Malah dipengang & dipeluk-peluk kenalan berlainan jantina. Haih, malulah sikit. Kemana hilangnya rasa Izzah sbg seorg Islam?

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga"

Riwayat al-Tirmizi

Peringatan: kita ni sentiasa dibawah pngawasanNya. Siapa kate xde siapa nmpk dosa kita yang kita buat?
Syukurlah bahawa Allah telah menerangi kita dgn rahmat-Nya. Semoga kita tidak terjatuh ke dalam kancah yg sama dgn mereka yang tidak diredhaiNya. Sebaik-baiknya, tontonlah dgn rakan sejantina. Kan lebih selamat? :)

Isu Palestin, Gaza & kapal2 yg mmbawa brg2 utk mereka bagaikan debu. Hilang tatkala ditiup angin FIFA.. Takkan da lupa, dulu bukan main semangat lagi, join demonstrasi sana-sini, hadir ceramah itu ini. Jangan buang masa mendoakan negara yg bakal memenangi FIFA tuh.. Sebaliknya, ingatlah kpd saudara mara kita yang bermati-matian berperang demi Islam. Kita sebuk bsenang-lenang disini... mereka? Apa signifikannya kalau kita tlampau asyik dgn perkara yg melalaikan?  "Khaibar Khaibar Ya Yahud!"

Apelah sangat Piala DUNIA tu kalau nk dibandingkan dengan Piala AKHIRAT.. kan?


Akhir kata, tahniah  kepada smua lepasan program MUFY yg berjaya ke Monash. Dalam gembira2 tu, jangan lupa doakn kpd rakan2 yg tidak berjaya. Bsyukur dgn nikmatNya, anda telah tpilih utk dapat rezeki tu, itu yg paling penting. Semoga trus maju melangkah di alam degree nti, insyaAllah.

SALAM :)

-Ashraf Hakim Dzulkarnain Bin Azman