Ashraf Azman

Perkongsian Hadis
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

Kembara Pertama

April 25, 2010

Assalamualaikum. Pertama skali, selawat dan salam ke ats junjungan nabi tercinta, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya, matahari msih lg terbit di timur, menandakan bhw kita sbg hambaNya masih lg diberi peluang utk memohon keampunan dan bertaubat kpdNya. InsyaAllah


Alhamdulillah, da msuk entri ke-3 utk bulan ni. hihi.. YES! cpai target!

http://emo.huhiho.com

smentara tgh free ni, ana nk amik pluang update blog yg rsenye da lme tbengkalai.. isk3

..: Kembara Pertama:..
Smalam (25 April) buat pertama kalinya ana join akh Najmi & akh Muhajir pegi iktikaf di masjid kat Sri Petaling. Subhanallah, mmg pengalaman yg x mungkin dilupekan smp bile2! BEST WOO.. Kami btolak pkul 6.30 ptg dan sempat solat maghrib kat masjid tsebut. Besar masjid tu agknya lbey kurg 3 sunway college disusun sbelah2.. bayangkan btape bsarnye..huhu. Tambah lg dgn madrasah & bgunan2 lain, fuh.. waktu malam bgaikan berada di zaman kegemilangan Islam dlu..! dgn tabligh & bdak2 tahfiz, berserban sume.. wah. mmbakar smangat mukmin btul! MANTAP!

http://emo.huhiho.com

Waktu antara solat maghrib dgn solat isyak diisi dgn tazkirah yg btajuk "Yakin". Huhu, ana lupe sape nme ustaz tu, tp gaya dan pertuturan dia mmg tBAEK! bersemangat, sehinggakan menusuk jiwa & raga ni hah! wlaupun ana ade tsengguk-sengguk (sikit), tp overall ana dpt tgkp isi yg cube disampaikan. Apa yg cube ditekankan: 

"Allah mencintai org2 yg bertaqwa. Macam mne nk mnjadi org yg bertaqwa?:

Yakinlah dgn zat Allah. Dialah yg mencipta dan mengurniakan segala-segalanya yg ada di langit dan di bumi.

Yakinlah dgn janjiNya, sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Jangan antum smua skali-kali putus asa dgn rahmat-Nya

Yakinlah dgn khalam yg diturunkan (Al-Quran). Ingatlah bahawa janji Allah itu benar."

http://emo.huhiho.com


- ini bru sebahagian daripada masjid ni. Ada lg bhgian kiri & kanan dia.. mmg siyes besa -

Tazkirah habis jam 9pm.. Selesai solat isyak, ade taqlim skejap, pastu MAKAN. Hehe, kami makan kat bhgn foreigner.. kui3. Syukran kpd Najmi, nseb baek die kenal hampir smua jemaah kat situ. Bayangkan, talam yg radiusnye nk dkat 2 pembaris pnjg, penuh dgn nasi, ayam ngan acar yg BANYAK...Ya Allah..... x tgambar rsenye kenyang smalam. smp x larat nk bgun....

http://emo.huhiho.com

Sampai ke hari ni, msih lg trase lauk2 tu mghempas dinding perut nih..hahahahah

* * *
Lpas makan,
kitorg jenjalan kat "pasar malam" kat dlm kwsn masjid tu. X bnyk pon, tp brg2 yg dijual mmg sronok ar utk ditgk..hehe. Mmg sejuk mata memandang sbb sejak smp td x nmpk walau sorg pon prempuan kat situ. Lpas shopping, kitorg blk smula ke masjid. Waktu da nk dkt pkul 12malam. Sbelum tido, kitorg manjekan lg perut yg da kenyang tahap maksima ni ngan murtabak ala2 samosa. sdap gak, haha! jarang jmpe kat gerai2 biase. Suasana masjid da gelap, perut da siyes kenyang (rsenye bleh tahan 3 ari x makan), penat program Antara Hari Ini & Smalam anjuran ISMA pagi td pon x ilang2 lg,

ape lagi..................................

http://emo.huhiho.com

* * *
"Ya Allah, tuhan sekalian alam..hanya padaMu aku memohon. Redhailah ibadah hambaMu pada malam yg penuh dgn kberkatan ini"

* * *
Azan subuh berkumandang.. MasyaAllah, merdu suara Bilal tu. Slesai je solat subuh, jemaah dipanggil utk memenuhi ruang saf dpan. Ade tazkirah.. pagi ni, tazkirah dibuat dalam 2 bahasa. Mula2, Sorg ustaz smpkan dlm bahase Urdu, pastu diterjemahkan blk dlm bahase melayu secara gilir2.. Jadi, agak memakan mase la.. lbeh sejam tazkirah tu. Wlaupun sejam lbih je, tp rse mcm semacam lamenye. Mungkin prasaan ngantuk x ilang lg kot..huhu. Sori ye kpd jemaah2 laen yg rse tganggu. haha, mmg time tu da x snang duduk dah.. kjap agkat kaki, toleh kpale, goyang tangan, pusing badan..Kah3!da la duduk kat tgh2 majlis.. xtau malu btol. Alhamdulillah, bru je tgerak hati nk bgun tglkan majlis, daaaaa terucap kata2 pnutup..

http://emo.huhiho.com
leganya..trima kasih kpd ustaz krane memahami..~


e'eh.. Haji Jaafar da blk... camne nk blk Casa??

http://emo.huhiho.com

Kitorg tumpang kereta beliau time pegi sini smalam. Igt blk pon ngan cara yg sme, tp... kui3. Apelah nasib..  Kapal da blayar dlu.. xpe la. So, pjalanan blk pun bmula dgn naek teksi smp ke lrt bukit jalil.. Alhamdulillah, lpas maen tukar2 tren, akhirnya smp gak umah.. Fuhh~

http://emo.huhiho.com
katil oh katil..ku merinduimu..~

Sampai sini je adventure iktikaf utk kali ni.. InsyaAllah, harap laen kali DAPAT pegi lg. Program ni smemangnya antara cara yg bg ana sgt2 sesuai untuk mndekatkan diri dgn Allah Yang Maha Penyayang. Smoge antum smua dpt join bsame lpas ni!

 - JAZAKALLAH -


Tidur. betul ke cara korg tu..~~

April 13, 2010

Assalamualaikum

http://emo.huhiho.com

whoa. da lame x update blog.. bkan nk bg alasan, tp smemangnye realiti hidup skang ni amat2 la bz..huhu

http://emo.huhiho.com

abis je cuti mid sem ni.. bmulalah kembali kehidupan yg pnuh ke-BZ-an tahap MAKSIMA. ade

topic test 3 math..

http://emo.huhiho.com

ade presentation english...

http://emo.huhiho.com

ade topic test 3 bio....

http://emo.huhiho.com

ade presentation bio...

http://emo.huhiho.com

time da nk abis ni la, cabaran demi cabaran muncul.
insyaAllah, dgn bbekalkan smangat dan ksungguhan, smua bende pasti boleh diharungi dengan izin Allah. kuatkan semangat wahai rakan2! hehe :)

http://emo.huhiho.com

utk post kali ni, aku nk berkongsi sdikit maklumat ttg cara tidur. siyesly, x bnyk mne pon. pendek je, tp insyaAllah, harap korg sume dpt manfaatkannye..



mengikut ape yg aku bace.....ade 4 cara tidur yg berbeza:


Ø TIDUR PARA NABI
ü Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

Ø TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH
ü Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

Ø TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
ü Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan

Ø TIDUR SYAITAN
ü Melengkup/ tiarap seperti tidur ahli neraka


jadi, selama ni mane satukah yg anda slalu praktikkan?
perkara ni mmg kecil, jd beringat-ingatlah.. dalam perkara mcm ni pun org2 kafir boleh mmpengaruhi kita, apatah lg perkara2 kecil yg laen? cara tidur yg sebaik-baiknya adalah yg mengikut sunnah nabi.

http://emo.huhiho.com

hehe, stakat ni je. insyaAllah akan saya kongsikan sgale ilmu yg saya dpt di laen mase.
.SALAM.



p/s: jgn lupe.. amalkan wudu' dan doa sbelum tido sbelum blayar.. Maafkan segale khilaf stiap manusia yg menyakiti hati anda pd hari tsebut, dan ucapkanlah dua kalimah syahadah. Sesungguhnya, maut tidak mengenal masa..

http://emo.huhiho.com

Rasulullah pernah bersabda: "orang yg paling bijak adalah org yg sentiasa mengingati mati. (hadis riwayat dari ibnu majah r.a)


” …Aktsaruhum dzikran lil mauti wa asyad duhumusti’ daadu lahu, ulaa ika humul akyaasu, dzahabuu bi syarafiddunya wa karaa matil aakhirah”


yaitu siapa saja di antaramu yang terbanyak mengingati mati, dan paling dahsyat mengadakan persiapannya. Mereka itulah orang-orang pintar. Yang pergi dengan kemuliaan dunia, dan sekaligus kehormatan akhirat.(HR. Ibnu Majah) 

- Syukran kepada Mr. Hakim atas perkongsian hadis di atas - :)

 - JAZAKALLAH - 

http://emo.huhiho.com



SPECIALnya DOA time SUJUD! -perkongsian-

April 4, 2010

Assalamualaikum, artikel ni aku ambik dari seorg rakan daripada group Remaja Masjid utk perkongsian :) slamat membaca!


http://emo.huhiho.com



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.




Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.




"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


http://emo.huhiho.com



Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.





Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"




Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"




Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "




Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


http://emo.huhiho.com

———————


Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-



"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun

memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud

(di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"




Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.




"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA; Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."